Assalamualaikum w.b.t semua. Sebelum aku nak cerita apa-apa, aku mohon sesiapa sahaja yang sedang baca entry ni, sedekahkan al-Fatihah buat seorang rakan saya, Adzhar yang baru dijemput Ilahi awal pagi tadi. Pelajar kelas 5SV. Walaupun tak rapat, tapi sepanjang aku kenal dia, bagi aku, dia memang baik, tak banyak cakap, jenis ikut je, follow the flow. Dia pernah main acara relay 4x400m dengan aku dan lompat jauh. Memang komited orangnya. Semoga kau tenang di sana. Aku cuma mampu solatkan jenazah kau je. Al-Fatihah~
Okay! So, SPM lagi 16 hari sudah boleh kira pakai jari hah? (campur cari kaki). Tu belum tolak cuti Deepavali lah, cuti peristiwa Hari Anugerah HEM la, cuti apa kebende lagi la haih sekolah aku ni pelik-pelik. Aku harap sangat ada kelas tambahan masa cuti tu nanti. Tahun ni payah lah sejak ada P******a yang baharu itu. Nak photostat soalan trial negeri-negeri lain pakai printer sekolah pun tak boleh, banyak prosedur. Nak study dekat kantin pulak disuruh balik sebab lama sangat stay. Then cakap batch tahun ni tak macam batch tahun-tahun sebelum yang stay sampai pukul 4, 5 petang. Tui... Semua nak kena ikut dia walaupun benda tak betui. Ini tak boleh, itu tak boleh, lepas tu pertikaikan result kami. Sebabnya, takut Pegawai PPD bising kat dia. Kami pun ada perasaan jugak. Nanti muka-muka kami ni jugak yang dapat straight As, yang dapat result cemerlang harumkan nama sekolah.. Haih entahlah, banyak benda sebenarnya aku tak puas hati dengan pentadbiran sekolah yang biased ni. (Cikgu Nasir pun palat dengan P******a tu). Dah lah ni tahun akhir aku merasa alam persekolahan. Berapa kerat sangat kenangan manis yang dapat dicipta. Takpe, kami redha, asalkan P******a happy ya!
Haaa, yang mana jenis study last minute tu (macam aku) dah boleh take action dari sekarang kot. It is the time! Bawak-bawak la telaah buku tu. Tinggalkan benda-benda yang lagha ni. Letak tepi semua distractions. Focus on only one thing, SPM. Tapi dalam masa yang sama, perlu juga jaga pemakanan dan kesihatan. Bersenam la petang-petang at least 3/4 kali seminggu. Main bola ke jogging ke workout ke. The most important thing waktu last-last minute ni ialah jaga hubungan kau dengan Allah S.W.T. Waktu-waktu macam ni yang paling utama ialah kau dekatkan diri dengan Allah. Biarlah orang nak kata "Ek eleh, munafik betul. Dah nak exam baru ingat tuhan." "Eh kau ni dah nak dekat exam baru tunjuk Islam?" Biar je orang nak kata apa, mulut dia, kita bukan boleh nak jahit. Kalau boleh, dah ramai aku jahit jadi bisu. At least kita ada usaha untuk berjaya, daripada dia duk mengata je, solat entah ke mana. Bagi aku la, walaupun ada daripada kita ni yang jenis nak exam baru nak dekatkan diri dengan Tuhan, it's okay what. Daripada situ lah dia boleh tanam rasa cinta dekat Tuhan. Siapa tahu daripada situ, dia terus berubah, istiqamah dalam ibadat dia, sebab dia dah jumpa kemanisan beribadat tu? Siapa tahu? Hidayahkan milik Allah. InshaAllah.
Aku bagi contoh, diri aku sendiri. Kalau dulu, jadual aku tak terurus. Tapi sejak bulan lepas, I made up a time table. Daily time table. Dari waktu bangun sampai la waktu tidur ada jadualnya. Dulu waktu aku bangun tidur tak menentu, kadang tu pukul 6.35AM baru bangun, then kelam kabut nak pi sekolah. Tapi sekarang aku dah set waktu bangun tidur aku must be sharp at 4.30AM or kalau terlajak sikit pun paling teruk 4.45AM. Dan first thing yang aku buat is, minum air sejuk. Rasa segor satu badan. Then ambik wudhuk, solat sunat Tahajjud + solat sunat Hajat. Dua solat tu ialah niat utama aku bangun pagi-pagi buta. Lepastu ada gap masa waktu habis solat sampai waktu nak siap pi sekolah pukul 6.15AM tu aku telaah la sikit-sikit buku. Kadang-kadang buat hw yang tak pernah siap tu (ha ha ha). Alhamdulillah sedikit sebanyak mampu la jugak tambah ilmu. Dekat sekolah pulak, waktu rehat tu jangan la ingat asyik nak makan ajerr yob yong oiii. Tak mati pun tak makan waktu rehat tu. Pergi ler ke surau, buat solat sunat Dhuha. Selagi tak bunyi loceng tu duduk ler berzikir dalam surau tu. Macam aku kata tadi, peduli la orang nak kata buang tabiat ke apa. Kalau takde member nak teman, buat aje sorang-sorang, lagi senang ko nak khusyuk, nak mengadu mengemis dekat Allah. Satu lagi, Al-Quran jangan miss baca. Baca je la sehari 2 muka surat pun jadi la lepas solat Maghrib tu. Tapi kalau yang mana ayat Hafazan form4 & form5 tak hafal lagi tu, tiap kali lepas solat fardhu, hafal la. Dey, kalau nawaitu kau ada, dan kau sungguh-sungguh, setakat berapa ayat je tu sehari pun kau boleh hafal la TRUST me, I've done it. And jiran aku ada berpesan, beginilah bunyinya "Emy cuba solat sunat Hajat 40 hari tanpa skip 1 hari pun. Kalau Emy termiss, Emy kena mula balik dari satu. Cuba jugak dan tengok nanti resultnya macam mana." Begitulah kata-kata Cik Ji. Jiran-jiran aku memang panggil aku Emy okay jangan pelik. Hari ni dah hari ke-6 aku buat direct solat hajat. InshaAllah.
Hermzzz dah takde pape dah nak cerita ni. Hopefully entry aku ni tak banyak, sikit pun jadilah dapat motivate diri kalian untuk berubah. Berubah untuk Allah ok?! Doakan kami semua batch 99 berjaya meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2016 ni. AAAMIIIN!
No comments:
Post a Comment