Sunday, February 25, 2018

Semester 2 is Going Great

"Salam n hi all" ayat Dr Alinda everytime nak bagitau something dlm group kelas, contohnya ada quiz chemist!!! So salam n hi all!!! Aku nak bagitau yang lagi 2 minggu aku dah nak masuk study week and after that, kena tempuh 3 minggu exam weeks and dikhabarkan ada kem selama 2 minggu (harap harap la tak sampai 2 minggu kemnya hmm nak cuti awal sama Dent) So I have got like 7 weeks before ending this foundation study and be on holiday for like almost 3 months. Now is 0130 AM. I have just finished some works and going to update this blog.

Tak macam semester lepas. Sem ni kami lebih relax sebab dah takde rank holder, senior jarang pick up, baris dah dikurangkan dan dipercepatkan, makan kat mess dah sedap and so on. Sepatutnya kami bersyukur dengan keadaan macam ni tapi mostly ramai yang naik kepala bila dah heaven ni. Tak tau la dah masuk batallion nanti mati la agaknya. Tapi sem 2 memang totally different la berbanding sem 1. Dah la awal awal masuk sem 1 dulu masa bulan puasa arghh stress. Bercakap pasal puasa ni alhamdulillah coincidencely, tahun ni dapat berpuasa full dan beraya bersama family sebab sama waktu dengan cuti almost 3 bulan tu yuuhuu. Pembelajaran sem 2 ni pulak mmg tough gila berbeza dengan sem 1. Memang belajar untuk habiskan silibus je, ilmu tu tak sempat nak melekat dlm pala otak lagi huhu (padahal diri sendiri malas buat revision). Bayangkan next week, last week utk habiskan silibus, and chemistry ada 2 topics lagi, Physics ada 3 topics lagi and maths dah nak habis alhamdulillah. Fergh kena belajar 1 hari, 1 topic gamaknya. Result mid sem aku... ala kadar je huhu. Malu nak bagitau resultnya. Takpe nanti iolls update cgpa iolls kat next entry yer.

Bercakap pasal elaun pulak, mmg kerap sangat tertangguh. Tapi aku tak kisah sangat pun sebab hidup kat sini as BPK, tak pakai duit sangat pun. Makan free kateko. And elaun tu alhamdulillah sama saja macam zaman teruk2 sem 1 dulu walaupun sekarang dah heaven yeahh tak kena tipu dengan palapes ni. Degree dah tak duduk under palapes dah lega uolls. Dan di hujung hujung sem 2 ni jugak mula la dipromosikan program program degree kepada kami budak asasi ni. Awalnya masa sem 1 dulu, aku dengan yakinnya menurut perintah ayah aku suruh isi Mechanical Engineering as first choice huhu. Tapi bila masuk sem 2 ni, melihat kepada senior2 intake atas aku, ramai yang ambik mechy ni terpaksa keluar kadet kerana tak lepas pointer. Yah senior atas aku ni diorang kena teruk gila dengan senior diorang. Tengok pun macam tak ada masa nak study. Kesian kot. Harap sangat degree nanti intake aku tak kena kacau sangat amiiinnn (tolong la berubah wahai senior) So tu jelah kot takde apa sangat nak cerita pasal sem 2 ni.

Tolong doakan untuk final sem 2 aku dengan kawan2. Kami nak pointer yang gempak so that mendapat services dan course pilihan kami, dan tidak dilelong menjadi darat piaww aaamiiin. Doakan jugak aku dapat berubah dah hujung2 ni. No more naruto, games, wasting time. Arghh masa sem 1 dulu ketagih movie, sem 2 ni ketagih naruto pulak fuhh danger la wifi u laju2 ni. Tu je bye.

Thursday, November 16, 2017

Semester 2 Is Starting Soon

Assalamualaikum. So cuti sem asasi aku selama 5 minggu dah nak habis daaaah arghhhh. Lusa dah nak gerak KL. Entahlah berat rasa hati ni nak tinggalkan mak abah kat rumah. Nasib la ada kucing2 jadi peneman mak abah. Bilalaaa Ana boleh temankan mak ye?? InshaAllah..... Harini jugak result sem 1 aku baru keluar. Aku tunggu dari awal pagi lagi tak keluar2, padahal kawan2 yang lain semua dah dapat. Then baru la aku teringat PA aku ni buat kerja lambat sikit. Detail sangat kot entahlah. Aku dpt tau result aku pukul 5 ptg time tu tgh ada kat aeon nak tngok movie Justice League biasalaa habiskan sisa2 cuti yang tinggal ni. And guess what???? I got 3.80 cgpa hehehe alhamdulillah nikmat Allah bagi. Rasa nak sujud syukur tapi seganlah pulak orang ramai kat aeon. Aku punya senyum gembira tu bawak sampai ke dalam wayang beb dgn akak2 jaga counter tiket tu pun semua aku senyum kah3.

Walaupun banyak tengok movie n tido je waktu study week, tapi alhamdulillah berkat study last minute sehari sebelum exam lebih berkesan hahah. Tom si roommate aku tu pun pelik jgk, "tengok movie pun dapat 3.8" hahahaha. Tulah nak study last minute ni cuma jangan stress je. So tengok jela movie. Wifi pun padu and free. Dalam kelas mengantuk gila, belajar 2 jam tu masuk cuma 40% je. Selebihnya tahan ngantuk. Yela mana tak ngantuknya, tido lewat tapi bangun awal. Bila body nak rejuvenatenya. And carry marks banyak membantu aku. Bila lecturer kata ada quiz tu stand by la jawab tu target betul semua. Tapi quiz math aku sumpah baraiii haha, harapkan ihsan maam Aniza je huhu. Assignment tu pulak buat sungguh2. Jangan tangguh2, jgn buat ala kadar, jgn buat "asal siap". Tapi aku buat assignment asal siap je hehehehehe. Walaupun aku tak berpuas hati dengan cara aku belajar selama sem 1 ni dan aku dpt rasakan pointer aku maybe rendah dalam 3.0 something je, tapi Allah maha pemurah, Dia bagi lagi nikmat kat aku yg lalai ni. Mungkin berkat doa mak dan org2 yg doakan aku jugak. Alhamdulillah. Sem 2 aku akan cuba kurangkan tengok movie. Gila la wei math kena belajar sampai 2 subjek nanti. Ibarat kat sekolah dulu belajar Math dgn Addmath arghhh doakan aku tak stress. Aku harap tak kena kacau dengan senior lagi laa. Biar la budak boy yang tanggung dulu semua seksaan senior. Aku tak ready lagi nak hadap senior. Cukup la dengan study n baris.

Duit elaun pun dah masuk. Aku tak buat belanja pun. Simpan dalam ASB utk kecemasan dan masa depan. Ada je aku offer nak bagi kat mak tapi dia refuse suruh simpan hmm. Kalau bagi kat kakak risau dia buat modal pergi berjalan je, dia bukan boleh percaya hmphhh. Tunggu bila perlu nanti baru aku bank in kat dia. Duit baki bantuan asasi pun still ada lagi, and akan dapat lagi untuk sem 2. Mak aku suruh makan jangan berkira kat sana nanti. Makan je kat cafe huhuh. Mmg tak ahh. Aku akan berjimat selagi boleh, makan je free kat mess. Entah ah aku rasa aku rela lagi belanja duit aku kat family berbanding kat diri sendiri. Aku tak berkira langsung kalau bab duit ni dengan family and kawan2 rapat. Ye ah main futsal pun aku aje yg selalu bayar lebih!! Tapi tadi dlm wallet aku takde cash, ada RM3 je alhamdulillah diorang pun tak berkira nak support. Mcm ni la baru sahabat. Tapi yang jenis main futsal takmau bayar ni mmg musibat hahaha. Haaa futsal ni salah satu aktiviti aku lah time cuti ni. Then aku ada jugak hiking bukit 300 tu 3,4 kali. Bosan ah easy sangat bukit tu. Jogging sumpah aku malas gilaaa. Misi fit la konon nak buat masa cuti last2 tido je banyak. Aku risau culture shock je bila nak kena aktif balik nanti. Memancing pun salah satu aktiviti jugak. Hobi mahal dengan kawan2. Mana taknya, beli umpan RM20, bawak balik ikan siakap besar lengan je haha tapi alhamdulillah dapat ler jugak siakap. Tolong mak kat kedai pulak hurmm boleh kira pakai jari ah berapa kali je aku pi tolong. Kalau makcik lagi sorang tu tak dpt dtg, baru ler aku pi tolong huhu sorry mak. Tapi mak pun jenis faham, cuti ni anak dia nak rehat puas2 lepas kena seksa 4 bulan haha. InshaAllah cuti before degree 4 bulan nanti aku tolong mak kat kedai tiap hari.

Tapi 1 perisitiwa yang aku tak boleh lupa la time cuti ni, mak Ana suruh aku hantar and ambik budak tu tuisyen sbb mak ayah dia kena pergi Ipoh. Tgh2 main game, boleh pulak mak dia ws, terkejut beruk aku, terus afk game tu hahaha. Hari Sabtu tu ingatkan aku free, so aku on je lah dgn mak Ana. Then pagi sabtu tu mak aku suruh tolong dia kat kedai pulak oww man takkan kata taknak pulak kan. So pergi jelah, punyala busy, dengan makanan catering lagi, tapi kebetulan gila ada catering hari tu, so aku ngelat la lepas je hantar makanan catering tu, terus rushing gi rumah budak ni. Sampai2 dah pukul 2.40 arghh bersalah gila aku lambat. Tuisyen dia start pukul 2.30 hahaha. Dia pun sedapkanla hati ni kata cikgu dia pun selalu start kelas lambat. Tapi budak ni punya potpet start dari luar kereta lagi weii hahaha. Masuk kereta je terus ckp "mak suruh duduk depan" then cerita macam2. Lepastu dia takut aku bawak kereta, terus baca doa naik kenderaan hahaha cute gila!!! Pastu dia marah sebab pandang dia taknak lepas. Yela lepasni kita perlulah menundukkan pandangan ok kawan2? Masa balik tuisyen pun aku ambik dia lambat jugak hahahahah. Aku ingatkan nak ambik dia dulu pukul 5 tu tapi alang2 makcik dah suruh tutup kedai, aku pun basuh la tray sepantas mungkin!! Balik dengan mak, nak singgah rumah dulu kang makin lambat pulak, so bawak jela mak sekali gi ambik dia hahaha. Aku punya la risau masa dlm kereta sbb dah lambat tapi mak steady je cakap "rilek la takkan nanti takut bini kot." ok ma, I feel better that time hahah. Sampai2 je sana terperanjat kite, nampak dia tgh berguru dgn cikgu dia siap pakai torch light. Then dia pulak terperanjat nampak mak dalam kereta hahaha!!Aku expect that awkwardness!! Tapi tak. Aku dah cakap kat dia awal2 dah mak aku ni sempoi punya. Dia pun sembang dgn mak aku mcm sembang dgn mak sendiri dah. Paling straight forwardnya bila mak cakap "aik takkan rumah mak mentua pun lupa" hahahahaha terdiam Ana hahah. Then sampai situ jelah the best 10 minutes in my life. Doakan Ana yg tgh SPM ni tau rakan2 semua. Aku pun banyak kali suruh mak aku jgn lupa doakan bila nampak dia solat. inshaAllah boleh.

Oklah semua sampai sini saja coretan kali ini. Esok nak pack barang dah nak balik hurmmm taknak balikkkk arghhhhh. Aku tau dari riak wajah mak aku sebenarnya dia tak rela aku pergi, tapi dalam hati dia percaya masa depan aku ada dekat sana. Aku akan cuba utk tak sia2kan kepercayaan mak tu. inshaAllah fighting for future!!! Doakan aku. Aku perlukan doa korang.


Tuesday, October 3, 2017

My Life Ruined

Hai assalamualaikum. Saja bosan bosan exam week ni nak update blog yang dah lama kesepian. Fuh exam week pun bosan eh? Buku ke mana pen ke mana. Takpa aku tawakal, aku dah usaha la! Doakan pointer sem 1 kami ni elok. Aku takda benda sangat nak cerita pun, cuma nak cerita pasal universiti aku ni.

So mana yang tak tau, aku dah penat pi interview 4 hari 3 malam masa bulan Mac haritu and finally alhamdulillah dapat juga masuk universiti yang aku nak as "BPK" masa hujung bulan Mei. Disebabkan post aku ni public, aku akan shortformkan segala benda yang membolehkan orang lain search entry aku ni huhu. So, kalau tak tau maksud sesetengah shortform tu, feel free to ask me privately. Ramai yang nak masuk universiti sini mostly of course la sebab duit. Kami ditaja oleh ATM. Tapi aku nak bagitahu kat sini sebenarnya semua ditipu! Makan free? Mana ada. Dia potong elaun lah. Yuran pengajian & penginapan? Bayar sendiri lah. Buku pengajian? Bayar sendiri der. Baju loreng, number 3, semua potong elaun. As BPK, kami tak dibayar gaji, cuma diberi elaun. Lebih kurang RM600 sebulan, asasi 1 sem is 4 bulan. So lebih kurang RM2.5k la dapat 1 sem, tapi tu pun sampai sekarang tertangguh lagi. Sekarang dah final week of sem 1 kot! Kami survive pakai duit bantuan asasi je RM1.2k satu sem. Alhamdulillah nasib baik duit ni tak tertangguh sangat, kalau tak harapkan duit MAFA je lah.

Sekarang ni, pentadbiran ada banyak masalah since kes pelajar kiok kena iron tu. So yang jadi mangsa keadaan secara tak langsung ialah kami nilah, BPK. Dan yang paling tak boleh blah, sekarang kami terpaksa join under batalion palapes, which is kami jadi pelajar awam. Maybe diorang takde duit dah kot nak bagi elaun. Jadi palapes, dapat elaun sikit je huhu. Tapi takpe la kita tengok je sem 2 nanti macam mana.

Pasal "seniority" kat sini, aku malas lah nak cerita, korang pun paham paham jelah sendiri. Tapi kalau nak tau lebih lanjut ke, ask me privately. Meh aku cerita sikit life aku as BPK dulu. Masa lapor diri bulan Mei haritu, memang tak ngam gila timing dia, awal bulan puasa masa tu! Bayangkan dah berlemak duduk rumah masa cuti SPM, selalu bangun lambat, then tetiba kena bangun pukul 0345 pagi setiap hari sepanjang puasa tu! Seminggu orientasi memang ramai la yang down sebab demam. Kami BPK ni perlu berbaris sahur sebelah mess, lapor pukul 0430 pagi, pastu beratur punya la lama untuk dapat makanan tu fuh. Lepas sahur, semua kena solat subuh berjemaah. Then berbaris pagi pukul 0700. Baris pagi tu mcm biasa la, berpeluh dulu pakai baju plainters. Pukul 0745 rank holder release untuk pergi kelas yang start pukul 8. Nasib baik kelas semua ada air cond. Rehat pukul 1000-1100 dengan 1300-1415. Kalau hari biasa selain bulan puasa, kelas habis pukul 1615, then rushing balik bilik, solat, turun baris sukan pukul 1700. Habis sukan 1815. Balik bilik, rushing lagi mandi nak lapor baris maghrib pukul 1845. Solat Maghrib dengan Isyak berjemaah, makan mess, prep, roll call pukul 2200. Then repeat setiap hari benda yang sama. Roll call ni antara baris paling lama ah cerita dia. Setiap teguran daripada senior dekat kami tentang anything yg kami buat salah sepanjang hari tu, akan dapat kat rank holder. Then malam tu akan jadi malam yang panjang bersama rank holder full of taji menaji. Ada satu malam tu sampai pukul 0230 pagi kena parade change. Punca dia ada budak baris balik weekend lambat. Parade change tu memang kaw2, dlm masa 5 minit, semua kena naik bilik yang jarak dia lebih kurang 400meter dari tempat kami berbaris, naik pulak aras 6 untuk tukar baju apa yang disuruh. REAL SHIT. Ramai gila tumbang. Dengan knuckle, commando rest lagi.

Tapi sekarang dah nak dekat 2 minggu dah aku masuk palapes ni. Heaven sikit la. Ada baris pagi dengan baris malam je. Petang ikut suka hati la siapa yang nak pergi bersukan tu. Kalau sem 2 nanti masuk palapes jugak, serious sakit kalau masuk batalion masa tahun 1 degree nanti. Pastu dengar cerita pulak tahun 1 degree nanti cadet takkan sama dah macam dulu, kena jadi GO. Aku pun tak berapa paham sangat pasal GO ni tapi perkara ni la yang buat ramai BPK taknak lapor untuk jadi cadet tahun depan. Takpe la kita tunggu dan lihat je macam mana keadaannya nanti tahun depan. Kalau ok, ahamdulillah. Kalau k.o, "My Life Ruined".

So, lepasan SPM nanti tu pikir2 la balik nak isi UPU tu. Sekian wassalam.


Classmates of KT5 2017


Friday, March 3, 2017

Experiences Are Precious

Assalamualaikum. Ada orang still baca lagi ke blog aku ni? Hehe. Sorry la tak rajin nak update. So memandangkan hati ini tidak mahu membiarkan blog ini terbiar tanpa penghuni dan pembaca, maka aku nak update dan kali ni aku nak ceritakan pengalaman aku sepanjang habis SPM. Btw guess what? SPM result is coming out in less than 2 weeks! Perasaan takut itu mula menghampiri. Aku tak takut kalau dapat result yang tak cemerlang, tapi aku takut kalau aku hampakan ramai orang yang expect much from me especially my parents. So aku mintak korang doakan semoga result aku cantik dan semua orang pun happy.

So back to my topic, macam-macam aktiviti sebenarnya boleh dibuat lepas SPM ni sebab korang akan rasa masa free korang terlampau banyak, sampai tak tau dah nak buat apa, Mostly lepasan SPM ni akan berkerja la kan sebab nak merasa pegang duit banyak. Ada jugak yang pergi sambung belajar kat college swasta eh biarlah dia banyak duit. Ada jugak yang keluar berjalan sakan menghabiskan duit hari-hari even dia keluar tanpa teman, sebab depa ni nak balas dendam akibat lama terkurung dalam prison(asrama). Ada jugak yang duduk rumah saja makan, tido, berak tengok tv < ha spesies ni nak tau macam apa perangai depa? Macam kucing! Ada jugak yang pergi mendekatkan diri dengan Allah kat pondok. Ada yang pergi melancong dengan kawan-kawan eventhough kat Pulau Pangkor je kahkah. Ada jugak yang pergi interview uni swasta senyap2. Tak bagi tau sahabat sendiri, mcm mana kami ni nak doakan hari interview kau tu berjalan lancar?! hmm moga berjaya lah bro. Semua contoh yang aku bagi ni aku perhati daripada rakan-rakan aku sendiri k.

Aku nak cerita pasal orang yang berkerja ni. Macam2 purpose sebenarnya orang nak berkerja ni. Ada yang berkerja sebab nak kumpul duit untuk support kos$ nak masuk universiti nanti. Golongan ni la yang paling bagus actually sebab ada kesedaran bahawa mak ayah kita ni bukannya bank nak mengharap duit dan ihsan depa je. Lagipun nanti kosnya bukannya kecil, macam2 nak kena beli. Aku tau sebab kakak aku duk di USM sana tu. Beriban dah duit mak pak aku habis kat dia. Sebab apa? Sebab dia LANGSUNG tak ada saving dalam bank ka ASB ka, duit dia habis duk enjoy ja masa form 5 dengan lepas SPM dulu. Aku pun kekadang support dia pakai saving aku sendiri. Aku tak boleh nak kata pa la dah hidup beradik-beradik ni air yang dicincang takkan putus ya dak?! Dia susah aku tolong, nanti masa aku susah kalau dia tak tolong memang aku bakar bilik dia. Eh nanti rumah aku pun terbakar goblok. Next, ada yang berkerja untuk memenuhi kemahuan tersendiri yang diidamkan sejak bersekolah lagi contohnya, motor, iphone, bla bla bla duniawi lah semua ni. Tak salah sebenarnya nak beli semua tu tapi janganlah habiskan SEMUA duit gaji kau beli natang tu. At least simpan lah sikit untuk masa depan walaupun kau taknak sambung belajar dah. Jangan tau nak cucuk bank je tui. Bak kata mak aku masa aku cakap kat dia "mak, duit adik ni dah cukup ni nak angkut 125zr sebijik" "adik simpan dulu duit adik diiiikk. nanti esok adik dah berkerjaya adik beli la 125 ke 135 ke 145 ke mak tak kisah". And aku syorkan korang menabung ni ASB sebab dividen dia bagi boleh tahan lumayan.


A week after SPM was over, 7/12/2016 baru aku start masuk kerja. Look! It took me a week to find a job at that time! Betapa sukarnya jadi budak bawah umur ni. Itupun dapat kerja KFC ja. Eh apa ingat ayam2 ka kerja kfc tu! eh mmg ayam pun. First day aku kerja aku dh kena campak duk kat counter jadi cashier sebab manager tengok aku smart and nampak mcm boleh handle customer. "Nampak" je boleh padahal.... First day aku cuma kena tolong buat air je. Memang easy lah tekan tekan je machine dia tu. Nak closing yang agak palat sebab siapa yang dapat shift closing ni memang penat nak mampus la kena basuh semua pastu cuci lantai.Pastu masa balik aku disuruh hafal semua menu kfc ni dinner plate snack plate 2pcs rice plate natang natang sampai sekarang aku ingat lagi semua menu dia tui. Second day aku dh kena bukak counter dah shit. "Selamat datang, makan sini ke bungkus?" Itu je la yang aku duk cakap. Pastu nak cari menu dalam system computer dia pun jenuh menggelupor kena tanya colleague hahaha. Straight seminggu aku kerja dapat shift closing. Tak adil kan?! Seingat aku la, sepanjang aku kerja kfc ni, sekali dua ja aku dpt middle. Morning shift haram tak pernah dapat. Takpa la aku redho. Tapi tulah memang aku tak boleh tahan ah kat situ hehe. Yela kerja penat nak mampus kot, OT kira sampai kul 2330 je padahal balik kul 0100 kot. Manager pulak jenis nak marah je, Miss Hendun nama dia. Haih garang. Hari2 kerja mcm tu org gila pun boleh jadi siuman balik. So gaji aku sebulan kerja ada la nak dekat RM900 boleh la boleh la. Tapi apa yang penting ialah experience yang aku dapat. Aku belajar marinade, pluck, masak ayam, belajar handle pelbagai ragam manusia yg tak reti menyabor nak makan ayam dan belajar balik rumah lambat. Itu hari aku balik pukul 0300 sebab lepak kat jambatan marina dgn geng kfc huhu. Tapi ada satu hari tu aku balik pukul 0500 sebab kfc banjir. Longkang tersumbat teruk. So kena teman manager ikhtiar camne nak buat. Last2 call abg lee nasib baik dia hebat. Abg lee jugak ajar aku camna nak pick lock pintu pakai kad lesen. Mana tau boleh pick lock hati awak. Maka aku pun berhenti kfc 7/1/2017.

Aku melangut kat rumah ada la nak dekat sebulan jadi mcm spesies kucing tadi. Tapi ok la aku rehat so dapat buat lesen kereta aku yang tergendala lama. Aku dengar ceramah bulan 12 kot, tapi 25/1 baru siap lesen L aku. Sampai sekarang masih latihan jalan raya dgn litar. Lepas ni nilai then 15/3 test jpj. Doakan aku lulus sebab esoknya 16/3 result SPM keluar! So kalau lulus test jpj, result pulak cantik, boleh la bawak kereta meraikannya huhu berangan saja lebih. Dalam tempoh aku melangut tu ada la jugak aku buat part time jadi steward kat ritz garden sehari RM50 untuk event saja. Sekali tu event Setia Awan punya syarikat sambut chinese new year. Memang cuci mata bhai aku malam tu tengok amoi seksi2 minum carslberg, beer. Mmg first time in my entire life aku handle arak ni sampai tertumpah atas tangan. Tapi takpe sebab yang haramnya bila kau teguk even setitik. Tapi serious ah bau arak tu saja dah buat aku pening dgn bersepahnya orang malam tu nak dekat 1.3k umat manusia. Tapi takpe itu pun pengalaman. Belajar hidang makan cara hotel punya. Tapi yang ada kes sampai masuk surat khabar yang chef kat ritz garden tu masak makanan halal dgn yang tak halal pakai kuali yang sama which means diorang tak asingkan. Tapi masa aku kerja itu hari depa asingkan kot dishes utk muslim dgn non muslim tapi tak tau nak kata la lantak lah huhu. Kali kedua aku jadi steward ok sikit tak ramai sgt org. 600 saja. Selain itu, dalam tempoh melangut tu jugak aku ada kerja katering encik Amir dua hari. Dapat RM100 sehari. Yang ini aku tak boleh nafikan dia punya penat memang separuh mati siot. Mmg berbaloi la pun dgn upah yang dapat tu. First day okay kenduri biasa2. Ada 5 khemah je. Second day kenduri kat lekir hambik kau berapa belas khemah entah sampai aku tak sempat kira. Ingatkan kerja katering ni dpt la usha awek2 kenduri tapi hampeh nak perati orang pun tak sempat. Refill lauk, kutip cawan pinggan, refill air, cuci pinggan semua kena buat non stop jibai huhu. Balik pukul 1900 tu mmg ingat nak tido je. Tapi siap la kalau tertido ada singa menjerit "ADIKKKK BANGUN MAGHRIB!" So sebulan melangut tu takda la melangut mana, dapat la jugak pitih dan pengalaman.

Kebetulan bulan 2 haritu kat kedai mak aku orang yg kerja buat air dah berhenti, maka aku pun tolong la mak kat kedai sampai sekarang. Sehari RM30 okay la makan free, nak minum air apa buat je.  So pagi dtg pukul 9 bukak kedai, refill milo nescafe kopi teh gula, jerang air, sapu sampah, mop lantai, bakar ikan, pastu tengah hari sibuk la sikit orang pulak tengah dahaga, memang permintaan air tu tinggi la. Tapi petang lepas pukul 2 tu dah kurang orang boleh la duduk relax main game. Pastu pukul 5 tutup kedai basuh tray dgn jug air ja takdak la mcm kfc tuih. Mak pulak takde la penat sangat sebab dh ada org buat air. Mcm tu la aku setiap hari sampai sekarang. Kawan2 keluar aku tak ikut sorry. Dah mcm takde life dah tapi takpe tolong mak kan lebih penting. Duit pun save hehe. Duit aku ada la riban jugak, mak pun bagi green light guna duit aku nak buat balik kereta wira ku. Tak sabarnyez nak bawak awak jalan2. Kat kedai pulak aku dapat pengalaman cakap dgn orang putih tiap hari. Maklum la kat Lumut ramai pelancong.

Tak kisah la kerja apa sekali pun yang kita buat, berapa pun bayarannya, sebenarnya pengalaman tu yang penting sebab tu aku try banyak jenis pekerjaan, jumpa bermacam jenis orang, kikis sifat pemalu. So that if aku dah lanjutkan pelajaran takdala masalah nak hadap perangai kawan2 baru yang kita tak expect. Btw itu hari nombor pin dah boleh beli, so aku dah isi upu. Aku pun tak tahulah pebenda yang aku isi. Pilihan pertama aku UPNM kos engineering. Yang lain pakat hentam hehe tunggu la result keluar nanti aku adjust lain mengikut keputusan tersebut. Mana la tau TERdapat straight As ke, mmg aku apply UM teruih la, say no more.

Ok la tu je bye. Assalamualaikum.

Wednesday, November 30, 2016

SPM IS OVER!

Assalamualaikum semua. Sihat belaka boh? Alhamdulillah SPM went smooth. Allah tak bagi sakit ke demam ke apa-apa sepanjang exam. So I survived almost a month of hell. Makan tak cukup, tidur tak cukup, tak exercise, makin kurus. Sampai sanggup jadi gila lah semata-mata nak belajar last-last minute sebab orang kata belajar last minute ni melekat. Eh? hahahah. Tapi kalau last minute baru nak cover semua topic pun payah jugak. So kita study tajuk focus je. Alhamdulillah semua paper boleh dijawab. MASIH BOLEH DIJAWAB walaupun ada yang hentam. Eh better hentam daripada tinggal kosong, kalau betul pointnya, at least dapat markah. Haaaa.

So my first week of hell, there were 3 subjects; BM, BI, SEJ. Bahasa Melayu kalau tak dapat A tak layak digelar melayu lah woi, even Chinese pun ramai dapat A BM walaupun actually depa hafal karangan. Doa-doakan lah aku dapat A+ untuk BM aku sebab aku dah kasi all out dah untuk karangan. Hmmm BI actually aku tak hebat tulis english essay. Bak kata teacher, Vocabulary tak luas. tak banyak tahu perkataan-perkataan yang jarang disebut, hanya berulang dengan ayat yang cliche. Tapi takpe, sebab grammar aku not bad. Harap dpt banyak markah dekat grammar je la. InshaAllah yakin A! Anddddd last paper for first week was SEJARAH! God damn hard! Soalan KBAT tak ada oiyy!!! Paper 1 and Paper 2 both sucked my brain! Paper 1 dah susah ingatkan paper 2 senang lah sikit, sekaliiiii hambek. Soalan 8 markah yang aku tak pernah tahu wujud, keluar masa tu. Macam-macam lah aku goreng hahahaha. Balik-balik jawab paper 2 haritu aku dah putus asa dah weh. Nasib kakak aku pandai convince fuh. Tapi paper 3 sejarah Alhamdulillah inshaAllah full marks.

For the second week, semua subjek fav aku. MATH, PAI, ADDMATH. Hehehehe. Kalau dah nama pun sebjek fav kan mesti la boleh jawab punya kecuali addmath hehe. Tapi kan untuk math. aku rasa soalan dia agak though. Walaupun aku masih boleh harungi ke-KBAT-tannya, tapi aku kesian dekat kawan-kawan yang kelas belakang. Sebab diorang ni yang mintak tolong aku ajar diorang maths. Sepanjang aku jawab exam math haritu, I was like "macam mana la dengan anak-anak murid aku, boleh ke tak diorang jawab ni" hahahaha. Pastu masa balik tu aku tanya la diorang, ada yg hampa, ada yg gembira sebab still dapat tackle some soalan yang tak KBAT. Alhamdulillah for them. PAI was quite easy tho. Nothing much to say. Lastly, ADDMATH!!! Aku kalau boleh taknak hampakan cikgu Nasir tapi malangnya, aku kecundang dek KBAT addmath. Gila kaw piaw kbat dia hahahaha aku hanya mampu ketawa masa itu. Aku hanya jawab soalan yang tak kbat, yang kbat semua aku hentam kromo hahahah. Dan tak nak expect banyak pun untuk addmath, hanya bertawakal kepada Allah.

Third week was the turn for killer subjects; PHYSICS, BIOLOGY. Physics alhamdulillah kebanyakkannya aku boleh jawab walaupun aku rasa aku dah tersalah buat experiment untuk paper 3 but keep having faith! Kalau Allah nak bagi, Allah bagi kan? <Ayat sedapkan hati heheh. InshaAllah boleh A. Hurmm Biology pulak, actually it is not my ambition to be a doctor. Sebab tu aku tak pernah dapat A sepanjang 2 tahun aku belajar Bio ni hurmz. Tapi kan, masa jawab paper Bio tu, aku rasa Allah dah rancang sesuatu sebab aku rasa aku boleh jawab dengan senang for paper 1 and paper 2. Paper 3 aku pulak biasa lah entah experiment mana aku reka hahahah. Tapi kalau lah, KALAU, terdapat result gempak pulak untuk subjek Bio ni, memang tak lah aku nak ambik kos medic. hahaha. cukup la 2 tahun terseksa belajar pasal biology ni huhu.

The LAST week! Last subject! Last penderitaan! CHEMISTRY. Pun salah satu subjek yang tak pernah dapat A sepanjang 2 tahun belajar hehehe. Walaupun actually aku rasa kimia ni senang je sejak akhir-akhir ni. Know what? PAT F4 aku kimia dapat E tau! hahaha. Pastu semakin move on dan move on, masa trial dapat lah C+. So masa exam kimia haritu pun aku rasa Allah dah rancang something untuk aku sebab paper kimia ni pun aku rasa boleh jawab dengan senang. Ha ni aku nak cerita pasal paper 3 kimia aku. Kami ni kira beruntung tau sebab dapat pengawas peperiksaan yang sempoy, budak tak bawak IC pun diorang lek tolong cover walaupun sebenarnya tak boleh masuk dewan kalau tak bawak IC hahahaha. Ada la seorang pengawas lelaki ni, kitaorng panggil dia Cikgu Wan. Beliau ni lah yang PALING BANYAK tolong kitaorng jawab subjek fizik, biologi, kimia. Dia pernah tolong betulkan kesalahan biologi aku sebab aku ada buat jawapan terbalik hehehe. And paper 3 aku pulak tau dia kata apa masa last kitaorng jumpa nak selfie dengan dia? "saya tengok experiment zul je yang first betul" hahahaha aku punya lah kembang time tu hahaha. Maybe sebab tu masa dia lalu sebelah meja aku, dia tengok aku jawab, pastu dia tak cakap pape terus blah haha. Aku sayang cikgu Wan heheheh. InshaAllah ada harapan A sebab si dia pun kata dia ada instinct aku dapat A hahaha comel je.

Buku teks form 5 habis semua dah pulang :( We are officially unemployed now. Dah tak bergelar budak sekolah dah hmmm. Sedih lah nak tinggalkan bangku sekolah. Lepas ni semua hanya tinggal kenangan. Takpe, perkara normal yang semua student akan rasa kan? Nanti adik-adik junior pulak rasa padan muka! So apa nak buat sekarang ni, kita jadi penganggur habiskan beras mak bapak dulu hmm. Nak cari kerja payah, semua nak yang 18+ tuih. Kite ni lagi sebulan je nak 18 hokey! Tu pun tak mahu terima kami! So nak ambik lesen kereta dulu, pinjam duit mak ayah dulu la nampaknya, Takpe, lagi cepat aku dapat lesen, lagi ringan beban ayah aku. Yelah sebab kalau nak gi memana je asyik dia kena bawak. Penat la ayah dah makin tua :(

Tu jela nak cerita. Bye assalamualaikum.




Saturday, October 22, 2016

SPM IS TOO CLOSE.

Assalamualaikum w.b.t semua. Sebelum aku nak cerita apa-apa, aku mohon sesiapa sahaja yang sedang baca entry ni, sedekahkan al-Fatihah buat seorang rakan saya, Adzhar yang baru dijemput Ilahi awal pagi tadi. Pelajar kelas 5SV. Walaupun tak rapat, tapi sepanjang aku kenal dia, bagi aku, dia memang baik, tak banyak cakap, jenis ikut je, follow the flow. Dia pernah main acara relay 4x400m dengan aku dan lompat jauh. Memang komited orangnya. Semoga kau tenang di sana. Aku cuma mampu solatkan jenazah kau je. Al-Fatihah~

Okay! So, SPM lagi 16 hari sudah boleh kira pakai jari hah? (campur cari kaki). Tu belum tolak cuti Deepavali lah, cuti peristiwa Hari Anugerah HEM la, cuti apa kebende lagi la haih sekolah aku ni pelik-pelik. Aku harap sangat ada kelas tambahan masa cuti tu nanti. Tahun ni payah lah sejak ada P******a yang baharu itu. Nak photostat soalan trial negeri-negeri lain pakai printer sekolah pun tak boleh, banyak prosedur. Nak study dekat kantin pulak disuruh balik sebab lama sangat stay. Then cakap batch tahun ni tak macam batch tahun-tahun sebelum yang stay sampai pukul 4, 5 petang. Tui... Semua nak kena ikut dia walaupun benda tak betui. Ini tak boleh, itu tak boleh, lepas tu pertikaikan result kami. Sebabnya, takut Pegawai PPD bising kat dia. Kami pun ada perasaan jugak. Nanti muka-muka kami ni jugak yang dapat straight As,  yang dapat result cemerlang harumkan nama sekolah.. Haih entahlah, banyak benda sebenarnya aku tak puas hati dengan pentadbiran sekolah yang biased ni. (Cikgu Nasir pun palat dengan P******a tu). Dah lah ni tahun akhir aku merasa alam persekolahan. Berapa kerat sangat kenangan manis yang dapat dicipta. Takpe, kami redha, asalkan P******a happy ya!

Haaa, yang mana jenis study last minute tu (macam aku) dah boleh take action dari sekarang kot. It is the time! Bawak-bawak la telaah buku tu. Tinggalkan benda-benda yang lagha ni. Letak tepi semua distractions. Focus on only one thing, SPM. Tapi dalam masa yang sama, perlu juga jaga pemakanan dan kesihatan. Bersenam la petang-petang at least 3/4 kali seminggu. Main bola ke jogging ke workout ke. The most important thing waktu last-last minute ni ialah jaga hubungan kau dengan Allah S.W.T. Waktu-waktu macam ni yang paling utama ialah kau dekatkan diri dengan Allah. Biarlah orang nak kata "Ek eleh, munafik betul. Dah nak exam baru ingat tuhan." "Eh kau ni dah nak dekat exam baru tunjuk Islam?" Biar je orang nak kata apa, mulut dia, kita bukan boleh nak jahit. Kalau boleh, dah ramai aku jahit jadi bisu. At least kita ada usaha untuk berjaya, daripada dia duk mengata je, solat entah ke mana. Bagi aku la, walaupun ada daripada kita ni yang jenis nak exam baru nak dekatkan diri dengan Tuhan, it's okay what. Daripada situ lah dia boleh tanam rasa cinta dekat Tuhan. Siapa tahu daripada situ, dia terus berubah, istiqamah dalam ibadat dia, sebab dia dah jumpa kemanisan beribadat tu? Siapa tahu? Hidayahkan milik Allah. InshaAllah.

Aku bagi contoh, diri aku sendiri. Kalau dulu, jadual aku tak terurus. Tapi sejak bulan lepas, I made up a time table. Daily time table. Dari waktu bangun sampai la waktu tidur ada jadualnya. Dulu waktu aku bangun tidur tak menentu, kadang tu pukul 6.35AM baru bangun, then kelam kabut nak pi sekolah. Tapi sekarang aku dah set waktu bangun tidur aku must be sharp at 4.30AM or kalau terlajak sikit pun paling teruk 4.45AM. Dan first thing yang aku buat is, minum air sejuk. Rasa segor satu badan. Then ambik wudhuk, solat sunat Tahajjud + solat sunat Hajat. Dua solat tu ialah niat utama aku bangun pagi-pagi buta. Lepastu ada gap masa waktu habis solat sampai waktu nak siap pi sekolah pukul 6.15AM tu aku telaah la sikit-sikit buku. Kadang-kadang buat hw yang tak pernah siap tu (ha ha ha). Alhamdulillah sedikit sebanyak mampu la jugak tambah ilmu. Dekat sekolah pulak, waktu rehat tu jangan la ingat asyik nak makan ajerr yob yong oiii. Tak mati pun tak makan waktu rehat tu. Pergi ler ke surau, buat solat sunat Dhuha. Selagi tak bunyi loceng tu duduk ler berzikir dalam surau tu. Macam aku kata tadi, peduli la orang nak kata buang tabiat ke apa. Kalau takde member nak teman, buat aje sorang-sorang, lagi senang ko nak khusyuk, nak mengadu mengemis dekat Allah. Satu lagi, Al-Quran jangan miss baca. Baca je la sehari 2 muka surat pun jadi la lepas solat Maghrib tu. Tapi kalau yang mana ayat Hafazan form4 & form5 tak hafal lagi tu, tiap kali lepas solat fardhu, hafal la. Dey, kalau nawaitu kau ada, dan kau sungguh-sungguh, setakat berapa ayat je tu sehari pun kau boleh hafal la TRUST me, I've done it. And jiran aku ada berpesan, beginilah bunyinya "Emy cuba solat sunat Hajat 40 hari tanpa skip 1 hari pun. Kalau Emy termiss, Emy kena mula balik dari satu. Cuba jugak dan tengok nanti resultnya macam mana." Begitulah kata-kata Cik Ji. Jiran-jiran aku memang panggil aku Emy okay jangan pelik. Hari ni dah hari ke-6 aku buat direct solat hajat. InshaAllah.

Hermzzz dah takde pape dah nak cerita ni. Hopefully entry aku ni tak banyak, sikit pun jadilah dapat motivate diri kalian untuk berubah. Berubah untuk Allah ok?! Doakan kami semua batch 99 berjaya meraih kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM tahun 2016 ni. AAAMIIIN!

Saturday, October 8, 2016

Til The Graduation Day.

PENGENALAN.

Assalamualaikum. Apa khabar semua? Kalau kau tengah baca entry ni, maksudnya kau, aku, kita semua masih diberi peluang untuk bernafas la kan. Alhamdulillah. Seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas, aku akan ceritakan tentang kehidupan aku sepanjang aku berada di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Samudera, Seri Manjung, Perak. Dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 5, dari padang sekolah aku tu botak, padang pasir sampailah dah berumput dan cantik sekarang, dari zaman surau lelaki dulu ialah bekas bilik stor sampailah sekarang dah dinaiktaraf siap dengan PA system semua complete lah, diberi nama Surau Al-Khairiah lagi, dari zaman pelajar boleh lompat pagar sebab pagar dia rompong dan rosak sampailah kini pagar baru hijau berjaring yang cantik dipasang matching pulak dengan padang sekolah yang kehijauan memang cantik, dari zaman pintu tandas kayu dulu yang sering dipecahkan oleh pelajar vandalisme, sampailah sekarang pintu tandas besi yang takdak selak, nak berak tak aman, aku berak dekat tandas pelajar pendidikan khas je, selesa dan aman, dari zaman harga nasi lemak dulu RM1.00 sampai sekarang dah naik RM1.50, dari zaman tak banyak kemudahan dulu, sampailah sekarang dah ada pelbagai kemudahan, siap ada anjung KH dan anjung koperasi yang berkipas belambak dan bertelevisyen lagi, tapi semua ni tak secanggih sekolah korang, tak besar mcm sekolah korang, sekolah aku cuma ada 3 blok 4 tingkat + blok pendidikan khas + kantin + surau + padang yang bolah tahan je. Pengalaman pun tak seberapa, tak macam korang yang punya banyak pengalaman di pelbagai buah sekolah. Sekolah aku tu pulak dekat nak mampoih dengan rumah aku, jalan kaki 5 minit dah boleh sampai, kalau naik motor 2 minit je sampai huhu. Kiranya boleh nampak bumbung rumah lah dari tingkat 4 sekolah tu. Okey tu lah dia serba sedikit tentang sekolah aku.


Logo Sekolah

GET INTO IT.

Sebenarnya Hari Graduasi aku ialah kelmarin 6/10. Tapi tak berkesempatan nak buka laptop. Maklumlah pelajar SPM kanss, jadual kena lah padat sikit. Sekarang curi masa sekejap, baru habis sambut Hari Sukan Negara di sekolah. Guess what, I have got Gold medal for Fit Samudera games hehehe. Ok alang-alang dah cerita pasal sukan ni, aku nak bagitahu yang aku ni dulu sekolah rendah tak aktif sukan sangat. Sekolah rendah aku tu dulu ada padang, tapi padang tu depa buat tempat parking untuk pelancong yang datang bercuti ke Pulau Pangkor. Pandai buat duit depa ni haha. So aku just "boleh tahan la" dalam acara balapan dan padang. Aku main lompat tinggi dgn acara relay je. Semput nak main long distance masa tu. Dan aku jugak main bola tampar wakil sekolah bersama bestfriends sekolah rendah!

(8/10/2016) Nah sekeping gambar Senamrobik Hari Sukan Negara Peringkat SMKSS. #AbangBotak. Sebelah kiri aku tu lah Aniq, deskmate dari form 1 sampai form 4, form 5 dia curang. Belakang aku tu Adam tua kaki bising dalam kelas.


(8/10/2016) Nah sekeping lagi gambar abang dapat pingat emas...hehehe...Faiz dapat perak je booo. Sorrylah botak lagi -_-

Bila aku masuk SMK Seri Samudera ni, aku berkenalan dengan Dent, dia mmg sangat hebat. Stamina tip top. Dia lah yang jadi coach aku hari-hari bawak jogging keliling taman. Kami jogging target untuk dapat medal hari Merentas Desa. Tapi, masa form 1, stamina aku masih low. Aku tak dapat tempat untuk marathon. Selepas menjalani latihan demi latihan bersama Dent dan Izzat, masa form 2, I got 2nd place for marathon under 14 yeayyyy. Dent dapat johan. Dapatlah pergi peringkat daerah tapi kami kalah teruk masa tu hehehe. Masa form 3 aku dapat nombor 3, daerah kalah jugak, masa form 4 aku dapat nombor 6 dan akhirnya masa pergi peringkat daerah, dapat medal naib johan berkumpulan yeay hehehe dan masa ni jugak, si Emere pun dapat naib johan berkumpulan wuu, dan tahun ni form 5 aku dapat nombor 8, no chance for district level. Makin meningkat umur, makin corot kedudukan merentas desa, k hipotesis diterima.

*GAMBAR MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH

Acara olahraga pulak aku juara lompat kijang peringkat sekolah masa form 2, so dapatlah pergi peringkat daerah walaupun main lompat kijang je, tapi masa tu lah aku dapat kenal dengan Emere hehehe. Takde apa sangat pasal olahraga peringkat daerah ni sebab tak pernah dapat medal pun huhu. Tapi ada satu kisah yang tak boleh dilupakan la masa aku wakil sekolah 4x400  masa form 3. Guess what?! Aku terjatuh masa 70m terakhir. Depan tempat duduk orang ramai tu! Dah lah semua sekolah ada tgh menonton, Emere pun ada, tapi aku tak pasti dia nampak ke tak aku jatuh tu. Lepas je jatuh tu, aku bangkit balik habiskan 70m terakhir dan nasib baik la team aku lepas pusingan kelayakan masa tu huhu. Kalau tak aku ni ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga. Parut luka aku jatuh tu melekat lagi sampai sekarang kat lutut. Dan disebabkan luka tu jugak, aku jadi tempang 2 minggu, tak boleh bengkokkan kaki. Solat pun duduk kerusi. Tak payah bayangkan lah aku berak macam mana tuiii seksa. Baru luka sikit. So, dekat sini aku ucap terima kasih dekat sahabat aku Dent sebab dah banyak bantu aku untuk jadi lebih fit berbanding dahulu. Thank you sahabat. Aku akan ingat sampai bila-bila sebab aku dah coretkan dekat dalam blog ni hehehe.

Hari acara sebelum sukan 2014. Champion Lompat Kijang. #KepalaBotak

MY STORY TROUGH 5 YEARS IN SMK SERI SAMUDERA.

FORM 1
Kkkk baru nak masuk cerita asal ni, aku nak cerita life aku dari form 1 sampai form 5. Jeng jeng jengggg. Hari pertama masuk sekolah, bapak aku hantar sampai pintu masuk naik motor hitam pujaan ramai tu. Masa tu aku sangat nerd. Badan kecil tapi pakai baju besar, so nampak mcm aku pakai seluar tinggi la sebab lengan baju jatuh. Teruk gak kena ejek dengan geng-geng Arif Roselan sebab baju tu. Rambut pulak sikat tepi rapat nak mampus hahahaha. Aku dapat kelas 1 Bestari dan aku duduk sebelah Ikmal Hamdan, sebab dia seorang jelah yang aku kenal. Kawan sekolah rendah yang lain semua masuk SMK Seri Manjung. Disebabkan ramai pelajar 1 Amanah yang pindah MRSM dan sebagainya, so aku pun dapatlah join pindah kelas 1 Amanah. Dalam kelas ni lah perangai aku start berubah 360 degrees. Disebabkan aku berkawan dengan Zakirin hitam tak gune tu hahaha, aku dah mula lasak sikit. Bertumbuk tampar dengan Zack tu benda biasa dah, pastu bila aku tumbuk balik, dia tumbuk balik 2 kali hahaha palat aku. Tapi ego aku rendah masa tu, nak berkawan punya pasal, aku mengalah je, Takpe Zack disebabkan ko, aku belajar untuk tak terlalu baik dengan semua orang. Masa ni jugak aku belajar untuk pergi CC. Sebelum tu, aku tak pernah jejak kaki langsung kat situ. Aku terpengaruh sangat dengan geng-geng gamers ni. Masa tu zaman game M.A.T Online. Ramai jugak aku dapat buat kawan sebab pergi cc ni. Tapi aku tak jadikan sahabat rapat lah. Seminggu aku habiskan RM10 kat cc tu. Membazir duit mak bapak je bila pikir balik. Masa form 1 ni jugaklah aku mula bersahabat baik dengan Dent & Izzat. Muka kami bertiga ni lah yang jalan kaki ke sekolah ikut pagar rompong tu hari-hari. Masa ni ZIDAS tak ditubuhkan lagi sebab Adam tak rapat dengan kami dan Syakir pulak masih bersekolah di SMJK Dindings. Tapi masa ni kami wujudkan Aza Crew sempena nama cikgu yang kami gilai masa tu, Cikgu Zakiah a.k.a Aza Zakiah. Zaman Form 1 ni jugak boleh dikatakan zaman tak pentingkan pelajaran sangat. Result masing-masing hancor habis. Lagi-lagi aku yang lambat nak catch up ni. Tapi entah macam mana, kami tak turun kelas pun bila naik form 2. Stay 2 Amanah.

(2012) Muka-muka nerd form 1. Tengok ah lengan baju aku tu londeh gila. Masa ni ketinggian belum cukup nak berdiri di tengah gambar. Tu yang hujung belah kiri yang hitam tu lah Zack hitam tak gune. Hahaha.


FORM 2
Masa form 2, pakaian sekolah aku dah berubah. Kalau dulu seluar besar, baju besar, naik form 2 seluar cikang wo aku pakai hahah! Tapi aku masih lagi budak cc. Ada satu kes yang aku tak boleh lupa jugak masa jadi budak cc masa form 2 ni. Masa tu zaman naik basikal gi cc. Nak dijadikan cerita masa aku nak dekat sampai cc tu hujan turun dengan lebatnya. Aku tak sempat nak kunci basikal aku. Masa dah puas main game tu, aku ajak Nasrul balik. Keluar-keluar je dari cc tu, tengok basikal aku dah hilang. Nasrul ni entah macam mana dia ada instinct yang basikal aku tengah kena 'bedah' kat lorong belakang cc tu. Kami pun jalan meredah hujan pi lorong belakang, TADA! Jumpa budak tu tengah nak bukak tayar basikal aku. Maka berlakulah drama di bawah hujan lebat. Nasrul pergi kat dia tanya "Ko buat apa ni? Ni basikal siapa?". Budak tu dengan muka innocent nak mampus cakap "basikal saya lah". Padahal basikal dia ada dekat belakang tempat dia berdiri. Nasrul tanya lagi "habis belakang ko tu basikal siapa?". Tak sempat budak tu nak menjawab, Nasrul rampas spanar dari tangan budak tu, terus campak dalam longkang. Aku hanya terdiam sebab nak tumbuk budak ni kesian. Budaknya gemuk. Lepas tu aku tolak budak tu, aku naik basikal aku, aku blah. Sebelum blah tu aku dengan Nasrul penerajang basikal budak tu sampai nak termasuk longkang kahkah. Entah mana budak tu, aku harap dia dah insaf, bangang punya pencopet. Nak job pun bawak lah lari jauh-jauh dulu bangang. Tapi malangnya sekali lagi basikal aku hilang dicuri bangla. Takpelah bagi jelah sebab bapak aku dah beli fixie baru kat aku masa tu. Masuk pulak zaman fixie masa form 2. Sekejap je aku pakai fixie ni. Beria je beli. Tapi sekarang masih boleh digunakan setelah dibaiki. Banyak jugaklah event ride yang aku join. Kadang-kadang ride dengan kawan-kawan, dengan geng sekolah rendah. Banyak jugak lah skill fixie yang aku pro heheh. Pastu naik form 3 dah tak pakai fixie. Naik motor pulak walaupun takdak lesen. Maka terbengkalailah fixie tu sampai baru-baru ni, bapak aku repair balik yeay.

Masa form 2 ni jugak aku kenal dengan Emere. Masa form 2 ni jugak banyak kenangan dicipta dengan kawan-kawan. Zaman yang sumpah tak matang langsung. Masa ni group kelas kami ditukar daripada Aza Crew kepada Datin Crew sempena guru kelas kami, Cikgu Maznah yang ada gaya macam Datin dengan spect cokelet besornye, handbag bergayanya hahaha. Kami jugak selalu ejek Cikgu Md Zain yang baru je bersara semalam. Kami ejek dia "senget" sebab kepala dia senget. Masa dia mengajar, solat, makan, kepala mesti senget ke kanan. Hahahaha sorry cikgu! Form 1 dengan Form 2 sekolah aku ni sesi petang. Masa waktu solat Zohor dengan Asar memang sumpah tak aman kalau solat dengan diorang. Dari waktu nak ambil wuduk sampai lah solat dah tahiyyat akhir asyik kena kacau je. Masa ambil wuduk, siapa yang pakai baju pengakap, aku salah seorangnya memang akan jadi mangsa Body Glove dari diorang terutama Adib dgn Izzuddin. Papp melekat bekas tapak tangan body glove depa kat belakang baju. Sial je perangai hahaha. Masa tengah khusyuk solat, depa yang dah habis solat ni CONFIRM akan datang sebelah, tiup telinga lah, buat muka lah. Ada sekali tu Faiz sampai tersolat 5 rakaat hahaha! Masa dah nak akhir-akhir tahun form 2 ni kami mulalah fokus sikit pelajaran sebab tahun depannya PMR kabonye. So result aku agak boleh tahan untuk stay kelas Amanah je huhu. Masa hujung-hujung ni jugak aku dah stop 100% pergi cc.

(2013) Haaa tahun ni barulah aku berdiri di tengah-tengah barisan kelas. Tengoklah baju, dengan tie tak pakai. Nasib baik tak nampak seluar cikang tu.



Terjumpa gambar aku dengan mak masa hari interaktif. Tu guru kelas baru aku lepas Cikgu Maznah a.k.a Datin bersara. Cikgu Zaisurahidiah namanya. Lemah lembut dan baik, selalu bagi nasihat. Aku anggap macam ibu dah


(7/10/2016) Cikgu Md Zain yang kitaorang ejek 'senget' tu datang ke sesi pagi bagi ucapan perpisahan. "Itulah dia". Minta maaf atas kebiadapan dan kesilapan kami cikgu. Selamat bersara. Terima kasih kerana mencurahkan ilmu math cikgu sehingga saya pandai math dah sekarang.


FORM 3
Naik pulak form 3 sesi pagi. Aku dengan Izzat masih stay 3 Amanah, tapi Dent malangnya terpaksa turun ke 3 Bestari. Kami masih lagi pergi sekolah sama-sama jalan kaki tapi bila kakak aku dah dapat lesen motor, aku pergi sekolah dengan kakak aku je. Masa ni terasa sikiiit yang hubungan kami dah agak renggang. Sikit je lah. Tapi kami masih luangkan masa bersama, berjogging, swimming, lepak, karaoke dan banyak lagi lah. Enjoy tu enjoy jugak tapi masa form 3 aku dah start matang sikit. Pelajaran menjadi keutamaan aku masa dah naik form 3 ni sebab nak PMR lah kononnya. Result ujian tak de lah gempak tapi cemerlang lah jugak so aku jadi pelajar target PMR. Tiba-tiba, dah 6 bulan study format PMR, kementerian pendidikan dengan cecukediejer tukar format PMR kepada PT3 yang berunsurkan KBAT nak mampus. Dalam masa 2 bulan sebelum trial PT3 tu, kena faham format baru, siapkan PBS, dan bla bla bla. Alamatnya, result trial ala kadar je. Pastu kena siapkan pulak tugasan Sejarah dengan Geografi tu. Dah lah masa tu, cikgu Geografi aku, Cikgu Norsilah ajar tak paham langsung. Selalu paksa kitaorang buat itu ini pulak tu. Huhu sabor je ler. Revision demi revision, KBAT demi KBAT kami tempuhi sehingga lah tarikh PT3 berkunjung tiba. Aku buat ulang kaji dekat rumah seminggu sebelum exam je, sebab takde semangat nak jawab exam format baru ni. Dah dapat hidu bau ketidakcemerlangannya.

(2014) Muka-muka pelajar target PT3. Bajet je semua sekali tadak sapa dapat straight A hehe.

Hari ambil slip keputusan tiba, (22/12/2014), aku ingat lagi tarikhnya. Sebelum ke sekolah, kami Datin Crew sempat lagi ke mamak Meera untuk breakfast. Entah kenapa aku tak rasa takut langsung padahal yang lain berdebor dah. Aku siap belanja Ikmal makan lagi hahahah. Sampai kat sekolah, kami lepak dulu dekat kaki lima depan dewan. Ambik gambor dulu. Aku je lek, yang lain nak terkencen kencen dah. Masuk je dewan, ada yang nangis, ada yang takde perasaan, ada yang cari cikgu. Aku beratur dekat barisan kelas aku. Seorang demi seorang ambil result. Sampai turn aku, ambil slip, tanda tangan, pastu baru aku kira berapa ketoi A aku dapat. Allah Maha Pemurah, aku dapat 8A2B. Terus sujud syukur aku masa tu. Rasa macam tindakan luar kawal sebab aku tak dapat rasa lutut aku, then terus tersujud. Walaupun study ala kadar, jawab hentam banyak, Allah masih kurniakan nikmat. Aku takdelah nangis kegembiraan ke apa, aku cuma rasa aku ni tak adil dengan Allah. Walaupun lalai, leka, banyak buat dosa, tapi Allah tetap bagi nikmat. Tapi takda orang dapat straight As sekolah aku huhu. Result aku jelah yang top Alhamdulillah. Maka, tamatlah tingkatan 3. MRSM ke SBP ke apa semua aku tak mohon kecuali RMC. Aku dapat tawaran temu duga ke RMC, tapi tak pergi bukan sebab manja ok! Aku dah berdikari masa ni. Tapi aku tak pergi RMC tu sebab ada masalah kesihatan sikit. Maka staylah aku di SMK Seri Samudera.


(2014) Dent dah tak sekelas dengan kami. Apesal muka aku gangster sangat? Buat rosak gambar 
kelas je. Dah la kelas depan hahaha.

Anugerah Cemerlang PT3. Dapat ler RM50 boleh beli aiskrim untuk awak hehe.


FORM 4
Form 4, aku dapat kelas science lah of course. Aku 4SC1, Dent 4SC2, Izzat 4PA, Syakir yang baru berpindah SMKSS masuk 4SE. Tahun 2015 ni aku, Dent, Izzat start jadi pengawas sekolah. So datang sekolah kena awal, before 7.10. Aku kena jalan kaki sebab kakak dah habis sekolah. Si Dent dengan Izzat ni diorang jenis datang lambat, aku memang tak tunggu diorang dah sebab bukan taknak tunggu, tapi datang awal tu ibarat amanah berat yang perlu aku pikul. So makin rengganglah hubungan kami, dah lah lain kelas lagi. Tapi kami masih lepak bersama di luar. Hobi kami ialah memancing, photoshoot, lepak dsb. Daripada sini tertubuhlah ZIDAS. Adam lah yang jadi photographer kami. Walaupun gambar kami takda muka dia, tapi dia masih nak join ZIDAS ni. Pembelajaran aku masa form 4 ni amatlah ke laut takde ke darat takde takde. Sebabnya yang utama ialah kena belajar subjek baru, Biology, Chemistry, Physics, Additional Mathematics. Dah lah aku slow, lagi-lagi benda baru ni hmmm. Tapi aku usaha lah jugak sikit-sikit sebab kata orang form 4 ni masa honey moon. Hahaha. Pala tungkok dia la honey moon! Menyesal aku tak struggle dari form 4. Sekarang baru nak kelam kabut tuih! Tahun 2015 ni last aku wakil sekolah pergi peringkat daerah untuk acara merentas desa dan alhamdulillah dapat lah jugak merasa medal peringkat daerah je mampu. Thanks to Dent and Azakie for those fitness training! Selain itu, first and last time jugak wakil KASTEK kereta solar daerah ke peringkat negeri. Dapat la jugak merasa sijil negeri satu hehe. Thanks a lot to Adam sebab tarik aku join team kereta solar dia.

*GAMBAR MERENTAS DESA PERINGKAT DAERAH

Masa ni, perangai aku yang suka loyar buruk makin hari makin pudar. Makin hari aku jadi makin pendiam. Nak dekat hujung tahun, cikgu Intan mula rapat dengan aku kononnya nak lantik aku jadi Ketua Pengawas lah untuk tahun 2016. Beliau bagi aku peluang beri ucapan untuk majlis persaraan Puan Norizan, pastu beliau bagi aku peluang handle jamuan akhir tahun pengawas dsb. Tapi last-last...aku jadi Penolong Ketua Pengawas. Oklah tu aku pun baru je tahun tu join pengawas, tup tup dah dapat jadi PKP. Yang dah jadi pengawas dari form 1 pulak jadi exco je. Macam tak adil pun ada aku rasa. Tapi takpa lah dah rezeki aku. Alhamdulillah. Result akhir tahun dengan study aku yang ala kadar masa tu ialah....4A4B1E hehehehe. E tu ialah kimia. Sampai sekarang aku lemah kimia so sad. Maka tamatlah zaman form 4.

(2015) Gambar awal tahun boleh tahan ramai la budak lelaki kelas sains ni. Pastu tinggal 10 orang je. Dalam gambar ni pun muka aku tak nak kalah lagi haizz.

FORM 5
Tahun 2016, tahun ini, tahun akhir, super senior year. Aku kembali jadi nerd! Seluar sekolah takdelah besar sangat dan tak lah cikang. PKP kaaann. Baju pengawas pulak agak besar. Tapi takpelah untuk keselesaan nak jawab SPM pakai baju tu jugak nanti. Tak tau lah apa nak cerita pasal tahun ni. Aku baik dan pendiam sangat. Takde masuk event apa-apa pun, sebab...banyak event cancel. El Nino lah PPD takda modai lah. Okey, mula awal tahun, kami dah mula kena duduk ikut susunan meja alaf baru dalam kelas. Meja dia empat buah satu kumpulan. Meja aku menghadap Faridz dan Adib. Dan kalau termenung boleh tengok suasana kat luar. Aku tak suka susunan meja macam ni. Kalau nak pandang whiteboard kena toleh pala 90 degrees lama lama boleh patah kot lol. Susunan meja macam ni jugak memberikan peluang kepada para pelajar untuk bersembang. Lagi-lagi bila semeja pulak dengan Adib, Adam, Faridz, Faiz ni. Tambah pulak bila si Izzuddin pusing kerusi dia dari meja depan ke meja kitaorang. Memang fergh tiap hari datang sekolah tak gelak tak sah. Izzuddin dengan pick up lines dan lagu romantik 90-an dia. Adib dengan konspirasi, pendapat, loyar buruk, dan muka kepala telur dia saja dah kelakar nak mampus, Faridz si kaki sembang, ada saja cerita yang nak diceritakan sampai satu kali tu dia kena dengan Teacher Julyana (kena bawak meja duduk depan kelas), teruih diam je dia haha. Adam si tua tak habis-habis dengan menyanyi, bergendang, kacau budak perempuan, bising satu kelas, kalau bergendang meja ok lagi bhai, ni dia bergendang belakang badan aku siapa tak palat. Faiz ni pulak matang sikit, tapi bab sokong lawak orang, tukang gelak memang dapat kat dia. Yang nerd-nerd meja depan pulak semua gamers. Aniq, Muzam, Zarul, Afiq. Nerd diorang bukannya sembang pasal pelajaran, tapi pasal dota lah, lagu lah, kpop lah. Aniq ni dia sebenarnya deskmate aku dari form 1 sampai form 4. Otak aku dengan Aniq kalau bersama, memang tip top. Soalan susah pun kami dapat selesaikan melalui perkongsian idea. Tapi masa first day masuk form 5 itu hari aku masuk kelas lewat sebab bertugas, depa semua dah siap pilih tempat duduk dah. Aniq mencurangi aku. Dia duduk sebelah Muzam. Maka terpaksalah aku duduk sebelah Adam tua bising sampai ke hari ini dalam keadaan tak rela.

Tahun ni hubungan aku dengan Izzat dan Dent yang aku rapat dari form 1 dah renggang. Sebab aku dapat rasa yang aku agak awkward bila bercakap dengan diorang padahal dulu kami elok je saling memperbodohkan sama sendiri. Hmmm. Aku rasa tempoh kematangan aku dah sangat hampir. Kalau perkara ni boleh membawa kebaikan, aku akan teruskan. Tapi sungguh, aku rindu kita bertiga yang dulu. Nak keluar ke mana-mana sentiasa bersama. Even potong rambut pun kami keluar bertiga. Aku harap korang berdua kekal jadi sahabat aku sampai bila-bila di samping ZIDAS dan Datin Crew yang sentiasa ada dengan aku. Nanti aku buat entry special pasal kenangan kita wahai sahabat. Aku korek balik gambar-gambar kita dulu-dulu. Biar entry tu kekal dalam blog ni sampai kita tua nanti, boleh tunjuk dekat cucu-cucu. Tak lama lagi kita berpisah sahabat, tak kisah lah di IPT mana kita melanjutkan pelajaran, aku nak korang tahu yang korang lah sahabat aku yang terbaik walaupum kita dah tak rapat macam dulu. Terima kasih sahabat. Okaylah taknak sentimental sangat. Aku cerita benda lain.

Pelajaran aku agak slow bila awal-awal naik tingkatan 5. Topik-topik form 5 ni pulak mostly membosankan masa awal-awal tahun. Tapi hari berganti hari, bulan berganti bulan, minat aku dalam sesetengah subjek tu dah mula timbul secara mendadak. Aku paling minat subjek maths, add maths, dan physics. InshaAllah dalam tempoh 25 hari lepas ni aku cuba timbulkan minat dalam subjek Chemistry dan Biology. Doakan usaha aku ya semua! Okay baru-baru ni aku dah dapat result trial aku. Alhamdulillah makin memuaskan berbanding result mid-term aku kecuali subjek chemist dengan biology lah hmm. Aku dapat 7A1C1E for trial. That C was chemistry and that E was biology. So lepas result trial keluar, siapa yang tak lulus BM or SEJ or both tak boleh hadir Hari Graduasi. Ada 16 orang pelajar yang gagal. Aku nak kesian pun macam....sebab tu salah korang sendiri. Kalau aku yang lambat catch up ni boleh buat, apesal korang tak boleh? Tepuk dada tanya iman.

So, tibalah hari graduasi aku (6/10/2016). Tak berapa meriah sangat bagi aku sebab hari graduasinya dibuat waktu malam. Lighting memang kurang, so gambar memang tak memuaskan lah kualitinya. Masa pulak agak terhad, kelam kabut jadinya. Tak boleh nak feel lah suasana tu. Makan minum pulak lambat refill, orang tengah pedas, air takdak, bawak cawan pi mengemis air kat meja sebelah. Dan yang paling sedih, topi graduasi takde. Tak boleh nak acah-acah baling topi. Takpe la aku bersyukur sekolah aku ada jugak hari graduasi. Eh ada sekolah yang tak ada hari graduasi tau, lagi sedih depa tu. So, Alhamdulillah. Tamat dah cerita aku yang panjang lebar ni. Siapa yang dah baca sampai sini, memang aku sayang korang hehehe. Muah

(6/10/2016) Tengoklah kerusi nak duduk pun tak cukup. Kesian safar berdiri. Kami duduk pun berhimpit. Tapi takpe, kita senyum je sambil makan. :D
.
*MASUK LAGI GAMBAR HARI GRADUASI

Sebagai penutup kata, pemanis bicara, aku nak kongsikan sikit je lagi, iaitu tips cara aku capai kejayaan yang aku rasa mungkin TAK berkesan dekat semua orang. Firstly, aku belajar memang LAST MINUTE. Masa tu berserah pada Tuhan je la apa yang tak sempat baca. Hentam teori sendiri saja hehe. Keduanya, solat fardhu 5 waktu kena jaga. Ada masa, buat solat sunat dhuha. Kunci rezeki tu. Masa tengah doa dhuha tu, mintak je segala jenis nikmat yang kau nak, nikmat rezeki melimpah-ruah, nikmat mudah faham pelajaran, nikmat mudah hafal pelajaran dsb. Ketiganya, Habluminallah, Habluminannas. Berbuat baik dengan Allah, berbuat baik dengan manusia. Jaga hubungan kau dengan Allah, mak ayah, guru-guru, rakan-rakan, orang sekeliling. Jangan buat seorang musuh pun. Sebenarnya banyak lagi cara aku sebagai seorang yang boleh dikategorikan lambat catch up, malas baca buku, malas buat hw ni dapat keputusan yang agak boleh tahan hehehe. Tapi kalau nak tahu lagi, mailah jumpa aku, kita slow talk. Nanti mungkin aku akan buat satu entry tentang macam mana cara aku capai kejayaan ok. Sampai sini jelah. Sekarang dah malam. Dari tengah hari tadi kot aku mengarang entry ni. HW tak jalan hehehe. Okaylah. Doakan kejayaan aku, sahabat aku, classmates aku untuk SPM nanti!