Monday, October 3, 2016

Getting Started.

Assalamualaikum w.b.t. semua. Salam perkenalan kepada sesiapa yang sedang membaca.

Sedikit biodata diri saya,
Zulhilmi Bin Ahmad Fuad nama diberi. Friends call me Zul for short. I am a simple boy live a simple life in an ordinary family. Saya sekarang sedang menuntut di SMK Seri Samudera, Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan. Tahun akhir saya (2016) di sekolah ini setelah hampir 5 tahun kenangan pahit manis dicipta bersama sahabat ZIDAS, DATIN CREW, BATCH 99.

Saya boleh dikatakan pelajar yang agak pendiam di sekolah sedari saya masih di sekolah rendah. Saya jarang share masalah saya dengan kawan-kawan or even my family. It is not a good attitude actually. So, I take an initiative to write this blog so I can share all my stories, problems, thoughts, and else here.

Saya merupakan pelajar yang agak lambat catch up dalam pelajaran di sekolah dari darjah 1 lagi, eh maybe sejak lahir kot sebab mak saya kata, saya hanya boleh bercakap dengan fasih masa umur saya 3 tahun sedangkan kakak saya, umur 2 tahun dah boleh bebel macam-macam nak itu nak ini. Saya juga anak yang manja berbanding dengan kakak saya. Saya makan mesti nak bersuap (sekarang kalau demam sikit pun pujuk mak suruh suap sebab...nak manja-manja sikit dengan mak, lagi beberapa bulan je lagi tak dapat dah nak rasa semua ni).

Masa umur saya 5 tahun, saya dihantar masuk ke sekolah agama Taski Abim di Lumut. Saya tak ingat langsung apa yang saya belajar di situ ha ha ha -_-. Tapi yang pasti mereka ajar saya of course tentang asas agama, asas solat dan sebagainya sehingga saya jadi anak yang baik pada hari ini hehehe.

Naik 6 tahun, saya dihantar ke Tadika Samudera, saya diajar mengenal huruf dan nombor sehinggalah saya graduate umur 6 tahun tu (ada gambar pakai jubah graduate pegang ijazah) ha ha ha. Bestfriends saya pada masa ini dan masih berjumpa sehingga sekarang ialah Iskandar Aiman dan Yusuf. Kami dulu geng rambut lidi (pakai gel rambut sampai rambut keras mcm lidi).

Tiba alam persekolahan, saya dihantar ke SK Methodist (ACS) Lumut, sekolah ni lah yang dah banyak built up diri saya. Masa darjah 1, first day saya sekolah, budak-budak yang lain semua mak ayah diorang hantar, teman sampai dalam kelas tapi saya, mak hantar sampai pagar sekolah je. Masa tu badan saya dengan kakak kecik lagi, so jimat punya pasal mak hantar sekali saya dengan kakak naik motor je (pacak 3) dari Manjung sampai Lumut wei 7km jugak lah ha ha. Sambung cerita tadi, pada masa budak-budak yang lain ada ibu bapa yang teman, saya hanya keseorangan hmm. Kakak hanya hantar saya sampai ke kelas saya lepas tu saya ajak kakak teman tapi tanpa rasa simpatinya dia terus meluru masuk ke kelas dia, meninggalkan saya yang manja ni untuk survive seorang diri. Masa tu saya duduk di sebelah sahabat saya sampai sekarang, Suhail/Chue. Dia ni lagi manja daripada saya sebab masa tu mak dia duk teman sebelah kahkah.

Saya hanya mampu mengira (tambah, tolak, darab, bahagi,) dengan mahir masa saya dah nak masuk darjah 3, sedangkan budak-budak lain dah mahir sejak naik darjah 2 lagi. Nampak tak slownya saya.
Masa ni saya ada ramai sangat bestfriends, Chue,Acap,Haikal,Faiz,Maloi dan ramai lagi lah. Kitaorang ni dah macam satu family walaupun masa tu kecik lagi, takde lah nak hangout sendiri tapi bila bersama dekat sekolah, camping pengakap sama-sama, rasa happy lain macam, membuatkan saya rasa taknak ponteng sekolah langsung masa tu.

Saya tak ambil UPKK sebab saya berhenti sekolah agama masa darjah 3(otak tak boleh hadam apa ustazah ajar). So mentally orang akan pikir budak yang tak sekolah agama ni mesti jahil agama, but aku rasa aku lebih beragama berbanding budak yang sekolah agama masa tu based on our attitude and manners. So masa result UPKK keluar masa darjah 5 tu semua pakat tanya "wei ko dapat berapa? wei berapa A?" -_- lenguh dah mulut saya nak cakap "aku tak ambil UPKK". Masa darjah 5 ni saya boleh dikategorikan budak top jugak dekat sekolah sebab hasil usaha saya, ulangkaji saya yang tak putus setiap hari, masa darjah 6 saya jadi pelajar target straight As UPSR and tadaaaaa 6 tahun saya di sekolah rendah sebagai budak yang "lambat catch up pelajaran" berakhir dengan sekeping slip UPSR tercatat 5A tapi disebabkan kemanjaan aku, sorrylah nak pergi MRSM ke SBP ke kehkeh. Tak boleh berpisah dengan ibu techentah. Maka, masuklah saya ke SMK Seri Samudera :D

MORAL VALUES FROM MY PRIMARY SCHOOL STORY
-Walaupun kau seorang yang bebal, dungu, lembap dan bahlul sekali pun, kalau kau usaha lebih sikit, inshaAllah peluang masih ada.
-Buat kawan sebanyak yang boleh, berkawan biar seribu kan. Tapi berkawan rapat tu biar dengan sahabat yang bermotivasi dan berakhlak mulia. Sebab kawan-kawan ni ibarat motivator kau. Kalau diorang boleh buat, diorang berjaya, secara tidak langsung akan bakar diri kau untuk berjaya juga.
-Nikmati waktu bersama mak ayah, family kau sebab masa kau dah dewasa nanti, payah nak rasa balik semua tu.
-Jangan jadi manja macam aku, LOL.

ENDING
Cukuplah sampai sini je first entry aku cerita pasal diri aku masa sekolah rendah. Eh tadi guna 'saya'. La ni 'aku' pulak. Mana-mana lah. Sekarang dah pukul 6, aku nak pergi workout and exercise. Next entry inshaAllah aku post gambar hari graduasi aku (6/10/2016) dan aku cerita life aku sepanjang aku di sekolah menengah :D INGAT! KAU JAGA HUBUNGAN KAU DENGAN ALLAH, INSHAALLAH KAU BERJAYA DUNIA AKHIRAT!







No comments:

Post a Comment